Assalam guys,
Harini dah 7/8/2019. Bermakna ada lagi 7 hari secara official aku sebagai JUBMins. Syukur, sebab diberi peluang berkhidmat kat company sebesar ni walaupun diri sendiri ni tahu kekurangn diri ni dalam berjuang dalam construction industry yg penuh kejam tanpa belas kasihan ni. Tak dinafikan 1074 hari dekat JUBM macam macam aku belajar bukan sahaja dari segi scope kerja sebagai juruukur bahan, malah juga, dari segi nak managemnt dari segi interaction dengan client, design team, construction team dah sebagainya. Kalau dari segi scope QS, paling aku excited, aku rasa hampir 3 tahun, ak hampir go through semua basic scope of QS. of koz kalau lain projek lain masalah, tapi at least basic yg aku belajar sepanjang 1074 hari ni sangat berguna untuk aku berjuang dalam indistri ni.
Yes, 14 haribulan 8 will be my last day JUBM. Leaving this place did not only mean i left my job, but secara keseluruhannya i left thousand of memories here. Suka duga, gelak tawa, merajuk, memujuk, menangis, semua ada. It is hard to say leaving JUBM is one of hardest decision i ever make. I had make this place as my second home and, i realise new place maybe nothing compared to the bonding that we created here but, please pray for my journey. My next step. Dan aku xde masalah kerja work hard kat sini. Tapi aku tak boleh, tak tenang kalau esok nak meeting, nk settle kerja malam ni dah tak tenang, dah start cuak. You got the felling? Hujung mnggu masuk office sebab nak prepare isnin punya kerja. I can do it but one day, i have another responsibilities..
Actually sepanjang 3 tahun kat sini, aku tak pernah pergia interview lain melainkan this second interview in my life. Yes, dalam tempoh beberapa hari selepas 'bond' aku dekat JUBM habis aku pergi satu interview penolong juruukur bahan JA29. Di kelantan. Apa yang membuatkan aku semangat untuk berjuang bersungguh sungguh dalam interview ini adalah, apabila aku tgok kesungguhan mak ayah aku support aku untuk jawatan ni walaupun semua tahun gaji aku officially akan drop almost 1k, actually more than 1k hahahaha. Satu benda aku percaya ibu bapa nakkan yang terbaik untuk anak ank mereka. InsyaAllah disebalik support mereka terselit keberkatan.
Teringat masa interview government. I tried my best and alhamdullillah a month selepas tu dalam bulan 5 i got the result and i berjaya interview tuh. Syukur alhamdulillah. Walaupun dalam 2-3 bulan aku rahsiakan semua benda mi dari semua orang. Terima kasih jugak buat yang support aku secara langsong atau tak langsung. Termasuk yang hantar dekat stesen bas haritu dan yang pinjamkan suit untuk aku berjuang dalam interview tuh. You know who you are...
Bila aku letak surat, tersebar lah cerita senggenap office. Ramai jugak yang tanya, kenapa kenapa and ada yang setuju, sedih (kot), ada yang gembira (kot), ada lah jugak yang tanya, eah ja29 jer, kenapa terima kenapa terima jugak, gaji drop? Kenapa terima jugak? Tak rugi ke apasa semua. Banyak jugak lah soalan macam ni yang aku dapat. Tapi nak jawab jugak la, walaupun mungkin yang bertanya tidak membaca di sini. Sebenarnya, gaji yang tinggi mungkin idaman setiap orang. Tapi idola aku adalah ayah aku sendiri. Ayah aku bermula dari bawah sehingga ke puncak sehingga hari ini. Aku nampak dalam apa yang ayah aku buat, dia sentiasa utamakan keluarga. Sekarang mungkin aku mampu lagi ot sampai malam, ot hujung mingu, tapi in long term aku fikir bila dah kahwin, aku ada satu tanggungjawab lain. Dan kebahagian bukan bermakna bila duit banyak saja. Banyak benda aku fikir and take consideration and aku fikir ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..
15/8/2019 adalah tarikh aku akan lapor diri di company baru. Sejujurnya aku masih cuak memikirkan di tempat baru. Semoga apa yang aku pilih ni adalah yg terbaik untuk aku.
Masa depan?
Sebenarnya aku dah letak perancangn dalam hidup aku. Apa yang aku plan biar aku jer tahu dan insyaAllah bila dah berhasil aku akan bagitahu apa plan aku 2 tahun lagi, 3 tahun lagi, dan 5 tahun lagi aku dekat mana.. insyaAllah kita susun baik baik, tapi yang menentukan adalah Dia. InsyaAllah.
Doakan aku di tempat baru..
InsyaAllah.
Sapa dah baca. Mohon tweet #udahBaca #semogaBerjayaTempatBaru
AZZRI FAZRIL